Laman Utama Perutusan KP Matlamat & Peranan Piagam Pelanggan Carta Organisasi E-Mel
 
     
Soal Jawap


 1. Adakah tembakau yang ditanam di Malaysia hanya untuk pasaran domestik sahaja?
  Kesemua tembakau yang dikeluarkan di Malaysia adalah untuk pasaran domestik. 3 Pengilang rokok utama di Malaysia mengeluarkan sekitar 19 bilion batang rokok tiap-tiap tahun untuk pasaran tempatan dan menggunakan sekitar 15 juta kilogram tembakau dari pelbagai jenis termasuk 5 juta kilogram tembakau yang diimport. Kandungan tembakau tempatan adalah kira-kira 70%, bermakna masih ada potensi untuk penggantian import dan sebarang kekurangan dalam pengeluaran tembakau tempatan mengakibatkan peningkatan import dan mengurangkan pertukaran matawang asing. Permintaan kepada tembakau awetan pemanas Malaysia untuk kilangan rokok dan stok duration di peringkat optima ialah sekitar 15 juta kilogram tiap-tiap tahun. Kekurangan pengeluaran tembakau domestik sebagaimana dialami dalam tahun 1999 dan 2000 disebabkan banjir kilat mengakibatkan permintaan yang tinggi dari biasa bagi tempoh jangka pendek dan sederhana kerana pengilang memerlukan tambahan untuk stock duration yang optima, selain dari pengeluaran rokok. Pengilang-pengilang rokok utama juga mengeluarkan rokok dan tembakau yang diproses untuk pasaran eksport dengan memperolehi pendapatan sekitar RM650 juta dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1999. Disebabkan tembakau Malaysia belum berdaya saing dalam pasaran eksport, tembakau yang digunakan masih lagi diimport dan Malaysia memperolehi manfaat dalam bentuk aktiviti nilai ditambah.

 2. Kenapa menanam tembakau dan tidak tanaman makanan lain?
  Permintaan tembakau domestik dan nilai ekonomi tembakau di Malaysia telah membolehkan petani-petani memperolehi manfaat dari tanaman yang menguntungkan. Tambahan pula, penggantian import akan menyelamatkan pertukaran wang asing. Petani-petani adalah pengeluar yang rasional dan mereka akan menanam tembakau yang boleh menjamin pulangan yang baik ke atas tenaga buruh dan pelaburan mereka. Petani-petani yang menanam tembakau boleh menikmati pulangan sehingga RM10,000 sehektar dan bagi yang mengawet sendiri hasil pengeluaran mereka mampu memperolehi sehingga RM25,000 sehektar. 20,000 keluarga tani menanam tembakau akan menanam tanaman lain sekiranya ada tanaman mapan alternatif yang setara dari segi pasaran, harga, pendapatan, kestabilan dan jumlah tanaman. Sekarang ini, 70% dari tembakau di Malaysia ditanam di tanah Bris sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia di mana peluang menanam tanaman lain yang mapan dan setara terhad. Tembakau adalah tanaman jangka pendek dan ramai penanam tembakau juga menanam tanaman lain selepas musim tembakau, dengan menggunakan peralatan ladang yang mereka mampu miliki hasil dari penanam tembakau. Pempelbagaian tanaman, tanaman giliran, sistem tanaman yang optima dan memaksimumkan pendapatan dari pertanian adalah teras utama pembangunan pertanian khususnya yang berkaitan dengan pekebun kecil.

 3. Adakah tembakau berdayasaing dalam era pasca AFTA?
 

Malaysia meletakkan tembakau dalam senarai sensitif dalam skim CEPT AFTA. Ini bererti tembakau akan dibebaskan (0 - 5% duti import) dalam tahun 2010. Industri tembakau di Malaysia sekarang diasaskan kepada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap. Sepertimana lain-lain komoditi pertanian, tembakau tidak mampu bersaing dengan negara-negara berkos pengeluaran rendah yang mengenakan upah buruh rendah ke atas pengeluaran komoditi yang sama. Komitmen kerajaan kepada AFTA menjadikan industri tembakau perlu disusun semula ke arah kecekapan dan berdayasaing. Penyusunan Semula Industri Tembakau melibatkan perubahan struktural daripada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap sekarang kepada sistem pengeluaran penanam pengawet yang lebih cekap dan bersepadu. Penyusunan semula adalah termasuk membangun penanam pengawet individu berasaskan keluarga dan penanam pengawet besar, penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi, saliran dan pengairan, mekanisasi dan meningkatkan penyuburan tanah.

Pada amnya tembakau ditanam secara relatifnya berskala kecil kecuali di setengah-setengah negara di mana terdapat kawasan sesuai yang luas dan tenaga buruh yang murah. Bagi Malaysia, pilihan yang terbukti ialah tanaman berasaskan keluarga yang bersepadu dan cekap di bawah konsep PPI (Penanam Pengawet Individu) di mana kos dapat dikurangkan terutamanya bila diasaskan kepada buruh keluarga dan pendapatan yang diharapkan diasaskan kepada pulangan kepada buruh yang setaraf dengan pertanian alternatif lain atau pendapatan dari sumber bukan pertanian. Kebanyakan dari 1,900 penanam pengawet yang dibangunkan sehingga sekarang adalah mampu mengeluarkan dengan kos sekitar RM8.00/kg. yang dianggap berdayasaing, dan akan lebih berdayasaing selepas modal yang dikeluarkan dan pinjaman yang diambil dilunaskan.

Ramai pengawet tembakau menanam untuk awetan sendiri di bawah konsep PBB (Penaban Pengawet Besar) dengan kos pengeluaran sekitar RM10/kg.. Saiz ladang purata adalah sekitar 3 - 5 hektar dengan mengambilkira batasan-batasan kesesuaian tanah, pengalaman dan kemudahan asas, juga untuk menjamin pengawasan dan pengurusan yang baik. Ladang yang lebih besar sehingga 50 hektar telah dicuba tetapi belum menunjukkan kejayaan lagi disebabkan masalah berkaitan dengan kesesuaian tanah/adanya tanah, operasi ladang yang tidak secocok (syncronized) dengan cuaca yang menjejaskan operasi mekanisasi dan penyakit selepas beberapa tahun ditanam secara berterusan.


 4. Kenapa LTN perlu menggalakkan penanam tembakau sedangkan terdapat dasar dilarang merokok?
 

LTN tidak menggalakkan merokok atau terlibat dirinya dalam program untuk meningkat permintaan kepada tembakau. Permintaan kepada rokok terjejas disebabkan banyak faktor yang tidak termasuk kerana adanya tembakau domestik atau wujudnya industri tanaman tembakau domestik. Ini dapat dilihat dari banyak negara yang maju dengan industri rokok walaupun mereka tidak menanam tembakau langsung.

Dengan mengambil kira kesan dari pelbagai program untuk tidak menggalakkan merokok, apa-apa permintaan yang ada kepada tembakau paling baik diperolehi dari pengeluar tempatan, dari sebaliknya dimport dan hilang pertukaran wang asing, juga memanfaatkan pengeluar asing dalam proses berkenaan. Permintaan domestik sekarang untuk 15 juta kilogram tembakau mempunyai potnesi pasaran RM200 juta setahun yang mewujudkan implikasi sosio-ekonomi yang besar dalam segi pekerjaan, kesan gandaan dan pendapatan yang disuntik ke dalam ekonomi luar bandar di negeri-negeri utama pengeluar tembakau di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


 5. Apakah perkhidmatan LTN kepada penanam pengawet / penanam tembakau dan pengawet tembakau ?
  LTN memberi khidmat nasihat dari menabur sehinggalah penjualan daun kering kepada pengilang rokok. Di samping itu LTN menyediakan kredit input seperti baja, racun, plastik, tenggala dan lain-lain. Khidmat nasihat termasuklah jadual tanaman, cara menanam, pembajaan, pengawetan dan penggredan daun. Khidmat LTN dipakejkan bagi menjamin hasil keluaran dapat dipasarkan dengan harga yang munasabah. Semua daun yang dikeluarkan dijamin pasarannya selagi memenuhi ciri gred dan tidak melebihi kuota yang ditetapkan.