Aplikasi Permohonan Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) LKTN Melalui Portal myGoverment
Laman disediakan bertujuan menyediakan kemudahan kepada anak-anak kumpulan sasar industri tembakau yang terdiri dari anak-anak penanam tembakau, pekerja stesen dan penanam pengawet individu (PPI) memohon Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) melalui permohonan secara online.
Perhatian:- Borang permohonan boleh dicapai terus di alamat http://www.malaysia.gov.my (Borang secara bertulis juga disediakan di pejabat LKTN Kawasan yang berhampiran)
Borang permohonan boleh dicapai dan diisi 24 jam sehari/7 hari seminggu.
Arahan Pengguna :
| 1. |
|
Pastikan anda telah mendaftar akaun di Portal myGoverment (Pendaftaran WAJIB) PERCUMA dan pastikan anda mempunyai email yang aktif. |
| 2. |
|
Klik pada ruang aplikasi Pusat e-Urusniaga. |
| 3. |
|
Pilih ruang jenis perkhidmatan Dalam Talian dan masukkan LTN dalam kotak kata kunci dan CARI |
| 4. |
|
Isi borang permohonan di Portal myGoverment dan ikuti segala arahan yang ditetapkan. |
|
Masalah Login : Jika anda menghadapi masalah dengan akaun pengguna Portal myGovernment, atau tidak menerima emal pengaktifan akaun, sila hubungi pihak Portal myGovernment:
- Sila klik dan isi borang Maklum Balas yang boleh didapati di bahagian atas setiap halaman Portal myGovernment.
- Atau hubungi pasukan petugas Portal myGovernment :-
Masalah berkaitan borang permohonan : Jika anda menghadapi masalah berkaitan borang HESK LKTN, sila hubungi petugas Aplikasi e-HESK:
- Tel: 09-7652933 ext 426 (Pn. Norhana Abdul Halim) atau ext 410 (En. Zaidi Bakar)
- E-mel: norhana@lktn.gov.my atau hesk@lktn.gov.my
SEMAKAN PEMOHON YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN HESK BOLEH DILAKUKAN SEMINGGU (7 HARI) SELEPAS KEPUTUSAN TAWARAN KE IPTA/IPTS DIUMUMKAN.
|