|
Piagam Pelanggan
" Komitmen kami ialah untuk membangun, memaju serta memodenkan industri tembakau dan tanaman integrasi (terutamanya kenaf) yang cekap, berdaya saing dan mampan selari dengan Rancangan Penstrukturan Semula Industri Tembakau (RPSIT) bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup kumpulan sasar selaras dengan arus pembangunan negara ".
ILTIZAM KAMI ADALAH:
- Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif;
- Melaksanakan program integrasi tanaman dan ternakan yang memberikan hasil nilai tambah maksimum dan aktiviti ekonomi lain kepada kumpulan sasar bagi menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan;
- Membudayakan Amalan Pertanian Baik (APB) melalui perkhidmatan sokongan bersepadu yang sesuai dengan keadaan agroekologi tempatan (khususnya tanah Beach Ridges Interspersed with Swales), prasarana dan keperluan sistem penggiliran tanaman tahunan;
- Menerajui usaha penyelidikan dan pembangunan berteraskan teknologi ekonomi dengan penglibatan rakan industri melalui penggunaan mekanisasi serta automasi bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos;
- Membangunkan modal insan secara berterusan bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam usaha untuk memperkasakan jati diri, kemahiran dan pengetahuan kumpulan sasar;
- Memproses permohonan mengimport tembakau melalui sistem e-permit dalam tempoh empat hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan;
- Memproses pendaftaran penanam tembakau dalam tempoh tujuh hari bekerja serta memastikan pengilang membuat bayaran kepada Penanam Pengawet Individu (PPI) / Penanam Pengawet Usahasama (PPU) dalam tempoh tiga hari dari tarikh pembelian daun diawet;
- Menguruskan permohonan pembaharuan lesen PPI / PPU dan pembeli dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan, tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah LKTN;
- Memproses permohonan tuntutan sumbangan ihsan Tabung Kebajikan Industri Tembakau (TKIT) serta skim bantuan modal dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan
- Sebarang aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja.
“ Bergerak Maju Membangun ”
|
|