Aplikasi Lesen Online

Secara Umum

E-Lesen ialah sistem aplikasi internet yg dibangunkan oleh LKTN untuk Penanam ,Pengawet dan Pembeli Tembakau yang berlesen untuk menyemak maklumat lesen sedia ada, membuat permohonan pembaharuan, permohonan kemaskini maklumat atau permohonan lesen baru.

Antara kemudahan yang disediakan oleh e-lesen:-

  1. Pemilik Lesen boleh menyemak maklumat lesen, membuat permohonan pembaharuan, permohonan kemaskini maklumat, permohonan pembatalan atau permohonan lesen baru pada bila-bila masa, di mana-mana selagi ada kemudahan internet.
  2. Sistem ini mudah difahami serta cepat.

Note:

Perkhidmatan E-Lesen adalah dikhususkan kepada pelesen Berdaftar dan Pegawai Pemproses Pelesenan sahaja.


Keperluan Sistem

Para pemilik lesen yang sah tidak memerlukan sebarang perisian untuk mengakses Sistem E-LESEN LKTN.
Keperluan asas pengguna untuk akses ke dalam sistem adalah komputer, modem, talian telefon beserta sambungan internet dan pelayar Internet Explorer 5.0 dan keatas. LKTN juga tidak mengenakan bayaran bagi para pemilik lesen atau pemohon baru untuk menggunakan sistem E-LESEN ini.

Panduan Dan Bantuan Pengguna

Laman ini menyediakan panduan pengguna untuk mengakses atau menyemak permohonan dan profile sedia ada dan juga permohonan baru.

  1. Panduan Permohonan Lesen Baru
  2. Panduan Mengakses Laman Pelesen
  3. Panduan Mengisi dan Menghantar Permohonan
  4. Panduan Menyemak Permohonan

Bantuan Dari Pegawai LKTN

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai E-LESEN, pemohon boleh menghubungi kumpulan sokongan kami dibawah:

Nama Pegawai   Nombor Untuk Dihubungi E-mail
En. Mohd Azemi bin Sepian : +609-765 2933 mohdazemi@ltn.gov.my
Hj. Azib bin Mat Yunus : +609-765 2933 penguatkuasa@ltn.gov.my
En. Zulkifly bin Zainal Abidin : +609-765 2933 zulkifly@ltn.gov.my
Norhana bt Abd Halim
(System Admin)
: +609-765 2933 norhana@ltn.gov.my