Laman Utama Perutusan KP Matlamat & Peranan Piagam Pelanggan Carta Organisasi E-Mel
 
     
Matlamat Dan Peranan


Visi

Peneraju dalam industri berasaskan kenaf dan tembakau.

Misi

Membangun dan memajukan industri berasaskan kenaf dan tembakau bagi menjana ekonomi negara.

Objektif

  • Untuk menggalak dan membangunkan industri kenaf;
  • Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
  • Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaras semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau; dan
  • Untuk menggalak dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan tembakau.
Fungsi

  • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf;
  • Untuk mendaftarkan, menyelaraskan dan menggalakkan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan kenaf dan keluaran kenaf, termasuk untuk mengawalselia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf boleh dijual selain untuk eksport;
  • Untuk melaksanakan dasar bagi mengawal selia industri tembakau;
  • Membuat peraturan bagi semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan tembakau dan keluaran tembakau, termasuk untuk mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu tembakau boleh dijual selain untuk eksport;
  • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah ke arah mencapai suatu kualiti yang tinggi bagi kenaf, keluaran kenaf atau tembakau;
  • Untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan yang berkaitan kepada industri kenaf dan industri tembakau; dan
  • Untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah-langkah bagi membangunkan aktiviti ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau.