Selamat datang ke Laman Web Lembaga Tembakau Negara (LTN).
Kami merasa bangga diatas kunjungan anda. Besarlah harapan kami semoga maklumat (perkhidmatan) yang disediakan dalam Laman Web ini dapat memenuhi keperluan anda dan dilayari dengan mudah walau dimana anda berada.
Anda adalah antara ramai pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami (LTN) terutama perkhidmatan-perkhidmatan secara pakej yang kami sediakan. Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi Web hari ini kami menfaatkan untuk berhubung dengan jutaan pengguna atas talian seperti anda, dan mereka yang terlibat dengan industri tembakau sama ada di Malaysia dan luar negara.
Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan kepentingan strategik yang dimainkan oleh IT dalam sektor kerajaan (e-kerajaan). Oleh itu LTN tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meningkatkan mutu penyampaian e-perkhidmatan kepada pelanggan atas talian.
Pihak kami akan sentiasa mengemaskini kandungan dan memperbaiki mutu persembahan mengikut keperluan.
Kami mengalu-alukan sebarang teguran dan cadangan berguna untuk memperbaiki Laman Web ini. Cadangan anda boleh disampaikan melalui e-mel kepada kami.
Akhir sekali, kami mengambil kesempatan ini mempersilakan anda untuk melayari laman-laman maklumat yang disediakan dalam Laman Web ini.
Terima kasih dan selamat melayari laman web ini.
TEO HUI BEK
KETUA PENGARAH
|